Tukarkan Isi padu

   

   Nombor dalam notasi saintifik

Tukarkan Isi padu

Dengan kalkulator ini, adalah mungkin untuk memasukkan nilai yang hendak ditukarkan bersama-sama dengan unit sukatan; sebagai contoh, '236 Nanometer padu'. Dalam melakukannya, nama penuh unit mahupun singkatan boleh digunakansebagai contoh, sama ada 'Nanometer padu' atau 'nm3'. Kemudian, kalkulator akan menentukan kategori unit sukatan yang hendak ditukar, dalam kes ini 'Isi padu'. Selepas itu, ia menukar nilai yang dimasukkan ke dalam semua unit sewajarnya yang ia ketahui. Dalam senarai dapatan, anda juga akan pasti mendapat tukaran yang anda cari pada asalnya. Tidak kiralah yang mana satupun daripada kemungkinan ini seseorang itu gunakan, ia mengelakkan seseorang itu daripada carian rumit untuk senarai sewajarnya daripada senarai pilihan panjang berjela-jela dengan beraneka kategori unit disokong yang tidak terkira banyaknya. Kesemua itu telah kami ambil alih dengan kalkulator dan ia menyelesaikan tugas tidak sampai sesaat pun.

Ungkapan matematik

Selanjutnya lagi, kalkulator memungkinkan untuk menggunakan ungkapan matematik. Lanjutan daripada itu, bukan setakat nombor sahaja yang boleh ditulis bersama, seperti, sebagai contoh, '(93 * 62) nm3'. Tetapi unit sukatan berbeza juga boleh digandingkan antara satu dengan yang lain terus dalam penukaran. Itu boleh, sebagai contoh, kelihatan seperti ini: '56 Nanometer padu + 25 Nanometer padu' atau '31mm x 99cm x 68dm = ? cm^3'. Unit-unit sukatan yang digabungkan dengan cara ini secara alaminya perlulah bersesuaian bersama-sama dan munasabah dalam kombinasi yang dimaksudkan.

Nombor dalam notasi saintifik

Apabila tanda semak telah diletakkan di sebelah ‘Nombor dalam notasi saintifik’, jawapan akan muncul sebagai eksponen. Sebagai contoh, 2,103 733 314 189 4×1022. Untuk bentuk penyampaian ini, nombor akan disegmenkan menjadi eksponen, di sini 22, dan nombor sebenar, di sini 2,103 733 314 189 4. Untuk peranti di mana kemungkinan memaparkan nombor adalah terhad, sebagai contoh, kalkulator saku, seseorang itu juga boleh menulis nombor sebagai 2,103 733 314 189 4E+22. Khususnya, ini menjadikan nombor yang sangat kecil mudah untuk dibaca. Sekiranya tanda semak tidak diletakkan pada titik ini, maka dapatan diberikan dalam cara biasa nombor ditulis. Untuk contoh di atas, ia akan tertera seperti ini: 21 037 333 141 894 000 000 000. Tanpa berhubung kait dengan pemaparan dapatan, ketepatan maksimum kalkulator ini ialah 14 tempat. Itu sudah seharusnya cukup tepat untuk kebanyakan aplikasi.


kategori seterusnya